
JOIN OUR MEMBERSHIP
Anak Seni Pewaris Budaya,
Seniman Rakyat Untuk Negara
Sejarah
PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA
PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai “SENIMAN” telah didaftar dengan rasminya pada tahun 1974 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) adalah persatuan artis yang paling lama ditubuhkan untuk memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia. Ditubuhkan pada 1974 hasil usaha sama Ahli Parlimen Setapak, Idris Ibrahim, pelakon Zainuddin Zimbo dan beberapa pelakon Studio Merdeka, Kuala Lumpur.
Selaku persatuan hiburan yang tertua di Malaysia dan bertemakan tagline “ ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA “, Ia ditubuhkan atas daya usaha Presiden SENIMAN yang terdahulu , Zainuddin Zimbo sebagai presiden yang pertama serta di bantu oleh rakan rakannya yang lain, setelah melihat berbagai masalah dan kemelut yang menyelubungi industri hiburan dan seni tanahair.



Penubuhan SENIMAN ketika itu ialah bagi menggantikan Persatuan Artis-Artis Malaysia (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P Ramlee di Studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an. Zainuddin juga diangkat sebagai presiden SENIMAN pertama, selain antara anak seni yang pernah memegang jawatan terbabit ialah Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Abu Bakar Kassim, Datuk Ismail Hudson, Datuk Aziz Singah, Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik. Jawatan presiden sekarang dipegang pelakon Zed Zaidi untuk penggal 2014/2016.
Kemajuan Luar Biasa

SENIMAN yang kini dianggotai seramai hampir 5,000 orang ahli dari kalangan artis, pekerja industri hiburan, dan sebagainya mampu menjadi salah satu payung bagi insan seni berteduh. Memasuki episod kematangan SENIMAN yang juga Persatuan Anak Seni Tertua di Malaysia yang kini sudah berusia 41 tahun, menyaksikan SENIMAN terus memperjuangkan hak dan keistimewaan golongan artis bagi memastikan kebajikan mereka turut mendapat pembelaan kerajaan dan tidak lagi ditindas oleh pihak yang berkepentingan.
Seterusnya diatas hasil usaha Zainuddin Zimbo dan semua Presiden SENIMAN, persatuan ini telah menjalankan berbagai usaha dan senantiasa turun naik ke kementerian kementerian yang berkenaan untuk menangani hal-hal berkaitan dengan artis dan industri hiburan tanahair.
Melalui peraturan Syarat Citra Padu yang diperkenalkan FINAS mewajibkan pelakon untuk menjadi ahli SENIMAN sahaja yang layak untuk berlakon dalam mana-mana drama TV dan filem. Ia sekaligus menjadi persatuan untuk pelakon yang diiktiraf kerajaan dengan menyediakan data keahlian kepada badan kerajaan terbabit untuk melindungi hak dan keistimewaan pelakon terbabit.
SENIMAN ketika dipimpin Mustapha Maarof juga adalah persatuan yang memainkan peranan penting menyebabkan kerajaan menyahut seruan untuk mengisytiharkan 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Malaysia, bermula pada 2008. Kini, di bawah kepemimpinan tenaga muda yang diterajui Zed Zaidi, menjadikan persatuan ini mengalami transformasi mendadak apabila ia semakin bergerak agresif dan berani bersuara memperjuangkan nasib anak seni dan menangani isu yang berlaku di sekeliling industri hiburan Negara.
Kini SENIMAN mempunyai Presiden Rozaidi Abd. Jamil @Zed Zaidi, presiden yang termuda dan menjadi presiden yang ke 9 membawa halatuju SENIMAN ke tahap yang lebih tinggi, lebih proaktif dan fleksibel selaras dengan tagline beliau ”BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI”. Beliau telah membawa SENIMAN ke tahap yang lebih membanggakan serta giat menjalankan program kebajikan ahli seperti Kad Diskaun 1Malaysia, Insuran SENIMAN dan Skim Projek Perumahan PR1MA disamping banyak terlibat membantu para ahlinya yang mengalami pelbagai kesulitan. Usaha murni yang tidak putus-putus saban hari ini menjadikan SENIMAN sebagai sebuah persatuan yang paling aktif kini didalam membantu para seniman tempatan.

Visi Dan Objektif Persatuan SENIMAN Malaysia
- Menyatu-padukan seluruh ahli-ahli yang terdiri dari ARTIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di bidang SENI, tanpa mengira asal keturunan mereka asalkan ianya seorang warga negara atau penduduk tetap Malaysia.
- Menggalakkan ahli-ahli untuk meninggikan taraf hidup mereka dan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.
- Berusaha untuk mengembang dan meninggikan prestasi kebudayaan Melayu ke taraf antarabangsa dan berusaha mengekalkan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.
- Berusaha dari masa ke semasa untuk mengisi tabung kewangan Persatuan bagi tujuan pentadbiran dan kebajikan ahli serta menjalankan semua kegiatan Persatuan melalui undang-undang yang sah.

Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia
Zed Zaidi
Zed Zaidi kekal menerajui Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu,
Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 45, berkata pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang berteraskan keupayaan melaksanakan tanggungjawab, bukan semata-mata populariti.

Nombor Telefon
+603 4105 5442 / +603 4105 5443

Alamat Email
persatuansenimanmalaysia@gmail.com
Carta Organisasi Persatuan SENIMAN Malaysia
Struktur Kepimpinan Persatuan SENIMAN Malaysia
Barisan kepimpinan kami terdiri daripada individu yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam industri kreatif negara. Carta organisasi ini mencerminkan komitmen SENIMAN dalam memastikan tadbir urus yang telus serta pengurusan yang efisien demi memartabatkan kebajikan dan hak para seniman di Malaysia.

Rozaidi Abdul Jamil @Zed Zaidi
Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia

Miszaina Bt Mansor @Rena Tan
Timbalan Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia

Mohd Hafiz Mohd Nafiah@ Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Persatuan SENIMAN Malaysia

Ahmad Salman Bin Zamri@Salman Al-Faris
Penolong Setiausaha Agung Persatuan SENIMAN Malaysia

Zarina Binti Mohamad Nor@Zarina MN
Bendahari Persatuan SENIMAN Malaysia
Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan SENIMAN Malaysia
Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Seniman Malaysia terdiri daripada individu-individu berpengalaman yang berdedikasi tinggi dalam memacu hala tuju persatuan. Kami berperanan sebagai jambatan antara penggiat seni dengan pihak berkepentingan bagi memastikan suara dan hak setiap ahli sentiasa terpelihara.

Khairil Azam Bin Pilus @Aril Pilus
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Dato’ Nor Zamshuri Bin Ramli
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Dato’ Mohd Amir Mohd Esa @Amir Pearl
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Nor Azipah BT Zainon Abidin @Nor Azifah
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Dato’ Subash Sundaramoorthy
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Tuah Azami Bin Ghazali
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Azura Binti Aziz @Azura Aziz
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Rodzian Bin Hj Mohd Tahir @Ianz Faris
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Nik Adrea Binti Nik Abdullah @Adrea Abdullah
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia

Azmaya Abdul Aziz @ Amy Afkar
Ahli Jawatankuasa Persatuan SENIMAN Malaysia
Jawatan Lain Persatuan SENIMAN Malaysia
Jawatankuasa Kerja bertindak sebagai tulang belakang organisasi dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran, perhubungan industri, dan pengurusan program-program strategik persatuan.

Samsuri Bin Shahrom @Uncle Sam
Pemeriksa Kira-Kira

Sharifah Binti Muhamad @Sharifah Muhamad
Pemeriksa Kira-Kira

Mohd Khairul Amali Bin Naman @Amali Naman
Setiausaha Kerja (SUK)

